Sunday, August 29, 2010

Nasi Ayam Penyet

Bahan perapan untuk ayam:-
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. 

* 2 keping tahu – potong dadu
* 1 paket tempe – potong nipis
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi- utk 2 org makan je nie.

* 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
* sedikit butter
* garam
* separuh kiub pati ayam/daging
* 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Sendri Punya Roti Burger

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk sapu atas roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk sapuan
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu 

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. 
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *info tambahan: Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dari bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah disapu dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula sapu roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

BBS Beef Roll

Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 1/2 sudu rempah kari ayam 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus)
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)
Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya
Cara Memasak Inti:-


  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.


  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.


Sizzling Untuk Berbuka Puasa hari ini 29/8/10

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

* 2-3 sanggul (gulung) yee mee (mee biasa @ spagetti pun ok gak)
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4( guna fresh mushroom)
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam ita letak 1 sudu kecik )
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2. 

Puff Daging Segera ver: 01

Bahan-bahan

kepingan roti canai segera secukupnya sebagai pastri segera

inti

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan daging cincang
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 cawan mix vegetable
1 sudu serbuk kari
sedikit garam

1 biji telur untuk disapu diats pastri

cara-cara membuat
.


1. tumis bawang putih dan bawang besar.
2 masukkan serbuk kari sesudah garing masukkan daging.
3. masukkan kentang setelah daging empuk tambah air sedikit.
4. masukkan mix vege dan garam
5. ambil pastri potong mengikut saiz dikehendaki dan masukkan inti.
6. kelim menggunakan sudu..
7. sapukan telur diatasnya bakar 190 selama 15 minit.


Roti Daging Bersalut Telur

Bahan-bahan : untuk seorang makan

  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang (minced chicken pun boleh)
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 sudu besar dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Cara-cara :


  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

ROTI NAIK

Bahan-bahan :

700g tepung tinggi protein
50g lelemak sayuran
200g air
200g susu cair (Mama gunakan susu segar saja)
100g gula kastor
1 sudu kecil garam
1 peket kecil yis kering
2 butir telur
sedikit majerin

Kaedah penyediaan :

1. Gaulkan semua bahan di atas. Uli hingga sebati bersama sedikit majerin.
2. Biarkan doh selama 30 minit untuk ia naik sekali ganda.
3. Uli sekali lagi dan bahagikan doh kepada ketulan kecil. Letakkan di dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit majerin.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 20 hingga 30 minit. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit majerin di atasnya. Hidangkan bersama kari daging.

Nota :

Resepi di dalam Bahasa Malaysia adalah resipi yang disalin terus dari majalah.
 



Sumber : Majalah Saji Jun 2007

Roti Pintal Buahan

bahan
A
250g tepung gandum
2 1/2 tbsp gula
1/2 tsp garam
1/2 tbsp susu tepung
1/8 tsp serbuk kulit kayu manis
2 tsp yis segera
B
1 biji telur
100ml air sejuk
C
25g mentega
D
70g buah2an campuran/kismis

cara
1. adun A tambah B gaul hingga jadi doh
2. tambah C uli lagi
3. tambah D gaul sebati
4. biar menaik 45 minit
5. bentukkan menjadi bulat biar lagi 15 minit
6. bahagikan doh dan bentukkan ikut suka.
7. letak atas dulang pembakar biar menaik 45 minit
8. sapu telur bakar pada suhu 190 C selama 12-15 minit

sumber:
http://alfahanum.fotopages.com/?&page=5

Sunday, August 22, 2010

chicken salad

Bahan-Bahan..
2 ketul dada ayam,
1 tin coktail fruit (buahnya sahaja),
100g makaroni,
4 biji kentang dipotong dadu,
1 botol (250g) mayonis,
4 sudu besar tin susu pekat.
1 tin nenas
Garam, gula dan lada hitam / putih secukup rasa

Cara membuatnya.. rebus dada ayam + lada putih dan garam, kemudian carik-carikan isinya.. masak makaroni dan kentang sehingga lembut angkat dan tos. Gaulkan makaroni, ayam, kentang dan buah-buahan bersama mayonis.. campurkan sedikit susu pekat...

Masuk peti sejuk agak2 sejam, baru hidangkan. Ni cara yang aku suka.

Tuesday, August 10, 2010

Cheese cake @ jawa style

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Membuat Sizzling Yee Mee di Rumah

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

    Thursday, August 5, 2010

    Resepi Daging Lada Hitam/Black Pepper Beef

    Kalau buat daging blackpepper atau blackpepper beef ni aku suka perap dulu..barulah terasa sikit. Dan eloknya gunakan daging batang pinang dalam ataupun daging lembut.  Memang kesukaan anak-anak dan aku pulak suka membuatnya sebab senang ajer nak buat.

    Bahan-bahan
    • 500gm daging batang pinang sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar kicap pekat
    • 3 sudu  makan sos lada hitam life
    • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
    • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
    • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
    • 1/2 camca teh lada sulah
    • 1 biji bawang holland-belah 6
    • 1 batang daun bawang-potong kasar
    • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
    • 1 biji cili merah-dihiris serong
    • 1 biji tomato-belah 4
    • air secukupnya
    • sedikit minyak dan garam secukupnya
     Cara-caranya
    1. Basuh daging hingga bersih tos lalu  potong atau hiris daging tipis-tipis.
    2. Perapkan bersama  lada hitam,  sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan  sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
    3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia.  Bila dah layu  baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
    4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama)  dan kuah agak pekat.
    Masukkan   hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
    5. Kacau rata, perasakan  garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap  dan boleh di hidang panas-panas.  



    p/s kadang-kadang buat gak camni...bawang holland hiris bulat pastu masukkan bersama daun bawang.