Saturday, May 21, 2011

Jawa Banana Split


Ramuan

500gm gula pasir


1.5 liter susu segar
1 tin susu pekat
5 biji telur | dipukul
1 sudu teh esen vanila
100gm coklat masakan | dicairkan
50gm pes strawberi
50gm pes jagung

Bahan hiasan :
1 biji pisang | dibelah dua
1 biji ceri merah
2 batang biskut
20gm krim whip
10gm coklat urai
20ml sos coklat
10ml sirap gula


Cara Penyediaan

1. Pukul gula pasir, susu segar, susu pekat, telur serta esen vanila hingga kembang.
2. Kemudian bahagikan kepada tiga adunan dengan perisa coklat, strawberi dan juga vanila.
3. Pukul lagi hingga adunan kembang.
4. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk dan bekukan di dalam peti ais.
5. Skopkan ketiga-tiga jenis aiskrim di dalam mangkuk dan letakkan pisang bersama coklat urai, ceri dan biskut di atasnya.
6. Akhir sekali, tuangkan sirap gula dan coklat cair di atasnya dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment