Ko rang pernah kot makan bende ni, lempeng namanya. Bukan lempang. Ingat masa kecil dulu, bila tiba musim tengkujuh, inilah menu yang selalu mak aku buat. Kadang makan ngan sardin tumis, boleh makan ngan gula atau sambal bilis. Ye la... masa tu tepung sekilo baru 40 sen. Kalau adik beradik 6 orang, kena 1.5 kg tepung baru cukup.
Himpunan resepi makanan yang pernah aku cuba masak dan aku suka untuk dikongsikan
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
Menu tengahari untuk anak-anak
Sup ayam yang pedas masam segar paling best dimakan kalau tengah kena selsema. Hilang hidung tersumbat dan gatal tekak. Ditambah cili yang ada vitamin C, cukup baik untuk mencair hingus hidung dan tekak. He he he...... Tambah ngan bau daun limau yang semerbak. Kalau ada daun kucai lagi best (aku tak bubuh sbb tak ada kat kedai runcit bawah tu) berfungsi melancarkan peredaran darah sekaligus... afrodisiak..!! Hehehehehhh....
SUP AYAM PEDAS
SUP AYAM PEDAS
Jagung Bakar
He he he ..... takkan ini pun kena ada resepi. Beli je jagung manis kat pasar borong, buka kulit??? kulit ke?? sarung kot. Tak kisah janji ko rang kena togelkan jagung tu, bersihkan, apa2 hal pun elok basuh dulu.
Pastu korang bakar atas bara arang, agak2 setengah masak, sapukan mentega/planta, bakar semula sampai masak. Taburkan serbuk lada putih (hitam) dan garam halus secukup rasa. Makan masa panas. Sedappppppppp!!!!!!!!!!

Jom masak mee kari
Kat sini aku guna rempah mee kari power, dengan bahan2 nya 1kg mee kuning; 1/2 kg daging (rebus & hiris) atau ayam (potong kecil); 1 kg kerang (ambil isi?? lainla kalau ada yg nak makan kulit kerang); 1/2 kg udang; 1 paket fish cake; 4 ketul tahu (potong dan goreng) RM 1 tauge; 1 cawan susu cair; 1 bj bawang besar (hiris); 4 bawang putih (hiris)
Friday, May 28, 2010
Kenapa pompuan sekarang malas memasak...
ada yg tak tahu masak pun....hehe
Ni jawabnya dari survey tak rasmi blog seorang kenalan
Ni jawabnya dari survey tak rasmi blog seorang kenalan
Pentingnya HALAL
Fahamkan erti hadis ini : ia berhubung dengan halal dan haram yang kita lalui dan hadapi. fikirkan lah apa maksud hadis ini dan apa yang diajak oleh hadis ni "Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.anhuma katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)
BERNAMA - Isnin Februari 8, 2010
Sunday, May 16, 2010
Makanan Kampung
Tinggal di kampung, makan apa aja yang ada di sekeliling kita. Ada pokok ubi, boleh ambik pucuknya untuk sayur. Kangkung tumbuh merata-rata boleh buat sayur 'bening' atau tumis ngan belacan. Pendek kata banyak bende boleh makan. Jantung pisang, pucuk gajus atau daun meranti boleh buat gulai. Atau cuma dicelur dan makan cicah sambal belacan. Kena pulak bapa baru balik menjala dapat ikat sepat atau keli atau haruan. Siang ikan tu dan goreng gitu je pun sedapnya dah tak terkata.
Ayam Goreng Lengkuas
Cerita Pasal Makanan
Semoga laman ini menjadi kegemaran mereka yang sukakan masakan tradisi. Saya juga mengalu-alukan sumbangan resepi dari pembaca untuk kita kongsikan bersama.
Sebagai tambahan, juga saya lampirkan beberapa produk keluaran syarikat dan industri kecil yang ada di sekitar kampung dan juga produk yang diperkenalkan kepada saya oleh kawan-kawan saya untuk saya kongsikan semoga dengannya saya mendapat sedikit manfaat dan sumber kewangan.
Industri makanan sememangnya sangat berdaya maju jika dikelolakan dengan baik. Produk HALAL mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Lantaran itu, bisnes gerai makan dan medan selera menjadi kegilaan dan jika kena gayanya ia sememangnya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Ramai jutawan senyap yang lahir dari industri makanan di Malaysia.
Dari penjual cendol dan rojak di tepi jalan berhampiran Taman Wahyu, Batu Caves sehinggalah Hentian R & R Elamina, Lebuhraya Guthrie, kita lihat sesungguhnya industri dan perusahaan ini berkembang dengan pesat selari dengan pertambahan penduduk dan kawasan kediaman.
Seorang penjual pisang goreng dan kuih di Kg Nakhoda, Selayang mampu meraih hampir RM 200 keuntungan setiap hari. Peniaga gerai Char Kuey Teow di depan Batu Caves yang mula dibuka seawal jam 6 petang hingga lewat pagi, menerima kunjungan paling tidak 40 orang pelanggan setiap jam yang membelanjakan purata RM 6.50 seorang.
Bisnes makanan sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan meski dalam persaingan yang dikira sengit.

Subscribe to:
Posts (Atom)