Semoga laman ini menjadi kegemaran mereka yang sukakan masakan tradisi. Saya juga mengalu-alukan sumbangan resepi dari pembaca untuk kita kongsikan bersama.
Sebagai tambahan, juga saya lampirkan beberapa produk keluaran syarikat dan industri kecil yang ada di sekitar kampung dan juga produk yang diperkenalkan kepada saya oleh kawan-kawan saya untuk saya kongsikan semoga dengannya saya mendapat sedikit manfaat dan sumber kewangan.
Industri makanan sememangnya sangat berdaya maju jika dikelolakan dengan baik. Produk HALAL mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Lantaran itu, bisnes gerai makan dan medan selera menjadi kegilaan dan jika kena gayanya ia sememangnya menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Ramai jutawan senyap yang lahir dari industri makanan di Malaysia.
Dari penjual cendol dan rojak di tepi jalan berhampiran Taman Wahyu, Batu Caves sehinggalah Hentian R & R Elamina, Lebuhraya Guthrie, kita lihat sesungguhnya industri dan perusahaan ini berkembang dengan pesat selari dengan pertambahan penduduk dan kawasan kediaman.
Seorang penjual pisang goreng dan kuih di Kg Nakhoda, Selayang mampu meraih hampir RM 200 keuntungan setiap hari. Peniaga gerai Char Kuey Teow di depan Batu Caves yang mula dibuka seawal jam 6 petang hingga lewat pagi, menerima kunjungan paling tidak 40 orang pelanggan setiap jam yang membelanjakan purata RM 6.50 seorang.
Bisnes makanan sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan meski dalam persaingan yang dikira sengit.
No comments:
Post a Comment