Tinggal di kampung, makan apa aja yang ada di sekeliling kita. Ada pokok ubi, boleh ambik pucuknya untuk sayur. Kangkung tumbuh merata-rata boleh buat sayur 'bening' atau tumis ngan belacan. Pendek kata banyak bende boleh makan. Jantung pisang, pucuk gajus atau daun meranti boleh buat gulai. Atau cuma dicelur dan makan cicah sambal belacan. Kena pulak bapa baru balik menjala dapat ikat sepat atau keli atau haruan. Siang ikan tu dan goreng gitu je pun sedapnya dah tak terkata.
Kudapan tak payah nak pening kepala. Ada ubi rebus ubi. Atau goreng, buat lepat, bingka ke, boleh jugak tumis ngan ikan bilis. Ada pisang boleh goreng, kalau dah terlalu masak pulak boleh buat jemput-jemput pisang. Hatta ubi yang dah agak rosak kerana banjir, boleh lagi di 'transform' untuk jadik makanan yang lazat yang cuma orang jawa yang boleh membuatnya.. he he he...
Semua tu dah berlalu lebih kurang 40 tahun dulu. Masa kecil dan zaman kanak-kanak di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang. Masa umur aku tak sampai 10 tahun. Semua seronok je walau kalau nak dibanding dengan sekarang, kehidupan masa tu serba serbi sederhana. Bapa dan mak kerja bendang dan kebun, sementara kerana aku anak sulung selalu kena kerah untuk membantu. Dan kerana itu, aku rasa aku lebih berdikari bila compare ngan adik-adik he he he....
Apa kerja yang tak kena buat. Bela kambing, jaga lembu, salai kelapa, tanam padi, tuai padi, kopek kelapa, petik buah koko, sampailah kepada hal-hal masak memasak pun aku kena buat walau aku anak lelaki. Kenapa tidak, bila aku dah masuk sekolah menengah, adik-adik sekolah pagi dan aku sekolah petang. Sementara mak tolong bapa keje bendang, tengahari baru balik. Sebelum aku pegi sekolah kira2 pukul 11 pagi, aku kena masak dulu supaya bila adik2 dan mak balik rumah mereka ada makanan untuk dimakan. Di situlah bermulanya pelajaran memasak aku hinggakan aku tak kekok untuk masak meski dalam kuantiti yang besar, sampaila sekarang.
Sebab tu aku ada banyak benda nak kongsikan ngan kawan-kawan. Semuanya tentang makanan lah ye. Selamat pagi.
No comments:
Post a Comment