Saturday, May 29, 2010

Menu tengahari untuk anak-anak

Sup ayam yang pedas masam segar paling best dimakan kalau tengah kena selsema. Hilang hidung tersumbat dan gatal tekak. Ditambah cili yang ada vitamin C, cukup baik untuk mencair hingus hidung dan tekak. He he he...... Tambah ngan bau daun limau yang semerbak.  Kalau ada daun kucai lagi best (aku tak bubuh sbb tak ada kat kedai runcit bawah tu) berfungsi melancarkan peredaran darah sekaligus... afrodisiak..!! Hehehehehhh....

SUP AYAM PEDAS


Bahan :
1 ekor ayam kampung/pencen/daging, potong2 sesuai selera
5 cawan air
1biji limau
5 helai daun limau
2 batang serai, hempuk je
Garam & gula secukupnya
secekak kucai, potong2
2 biji tomat merah, potong2
3 sudu beso minyak untuk menumis
 
3 biji bawang putih, 2 biji cili merah, cili padi secukupnya, 1/2 sudu teh lada putih, dan daun limau - ditumbuk

Cara:
Didihkan air, masukan ayam dan kecilkan api, hingga ayam setengah empuk.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau hingga wangi dan matang.
Masukkan ke dalam rebusan ayam, tambah garam dan gula pasir. Teruskan masak hingga ayam empuk.
Masukkan potongan tomato, didihkan.
Matikan api, masukkan kucai dan air limau, kacau dan sajikan panas-panas.
 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment