Thursday, August 5, 2010

Kek Oren Lagi

Kek oren ni byk ghesepi...maklang tak tau pulak mana yg sedap...tapi kalo nak try..trylah...Ini ghesepi no.1

ORANGE POLKA DOT CHEESE CUP CAKE (VERSI MELAYU)

Bahan-bahan
500 gm krim keju Philladephia (suhu bilik)
3 sudu besar jus oren Sunquick (jus lemon dan mangga juga boleh digunakan)
� cawan choc. Chip
250 gm butter
6 oz gula
100 gm tepung (tepung gandum/Superfine)
4 sudu besar air
3 sudu susu tepung (penuh krim)
4 biji telur saiz "A"
mini paper cups atau 9" tin acuan bulat
shortening dan sedikit serbuk roti (bread crumbs) untuk ditabur pada dinding dalam tin acuan

Cara - cara
�  Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter dan pukul hingga berkrim. 
�  Masukkan telur satu persatu. 
�  Masukkan tepung dan susu tepung. 
�  Masukkan air dan oren Sunquick Pukul hingga sebati. 
�  Kalau nak buat kek keju dalam cup, susun "cup cake" dan isikan adunan dan masukkan 3 atau 4 biji chocolate chip ke dalam setiap satu "cup cake". 
�  Kalau buat sebiji kek, sediakan tin acuan dan tuangkan butter ke dalam tin acuan dan taburkan chocolate chips ke atas sapuan butter tadi. 
�  Bakar kek keju atas air (macam kukus). Suhu: 140oF atau 150oF selama antara 45 minit - 1 jam. 
�  Sejukkan kek dahulu sebelum dikeluarkan untuk dihias. 
Kek juga boleh dihiaskan dengan kepingan/ gulungan coklat di sekelilingnya. 
Tips/Petua:
�  Kalau buat dalam "cup cake", tak payah masak dalam air. Isi adunan separas � cawan kertas sahaja dan dibakar selama 18 minit. 
�  Untuk menentukan sama ade kek sudah masak atau tidak: bahagian atas kek akan kelihatan kecoklat-coklatan dan gelembung sedikit di bahagian tengahnya. Jangan cucuk kek untuk menentukan sama ada ia sudah masak atau tidak.
�  Untuk membuat serbuk roti (bread crumbs): sekeping roti dijemur dan dikisar kasar.
�  Tin acuan hendaklah dibalut dengan kertas foil supaya air kukusan tidak masuk ke dalam tin acuan. Air digunakan adalah untuk melembabkan lagi kek keju tersebut.
�  Kalau masak guna dapur gas, panaskan dahulu selama 30 minit dan kalau guna oven eletrik, panaskan dahulu oven selama 15 minit sebelum memasukkan tin acuan.

No comments:

Post a Comment