Sunday, August 29, 2010

Sendri Punya Roti Burger

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk sapu atas roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk sapuan
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu 

Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. 
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *info tambahan: Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dari bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah disapu dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula sapu roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

No comments:

Post a Comment