Thursday, August 5, 2010

Kek Oren Lembab

KEK LEMBAB OREN

Bahan-bahan Kek
155 gm butter
2 s/k parutan kulit oren
2/3 cawan gula kastor
3 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri

Cara 
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukulkan dengan kelajuan rendah.
2. Kemudian tinggikan kelajuan selama 5 minit atau sehingga adunan gebu atau putih.
3. Tuangkan aduanan dalam acuan beralas kertas minyak.
4. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170'C .
5. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari acuan.
6. Letakkan topping aising oren

Bahan Aising Oren
1 cawan gula aising
1 s/b butter yg dilembutkan
1 s.b jus oren
1 s/b kelapa parut

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa dalam emsin dan pukulkan sehingga gebu.
2. Sapukan pada kek dan taburkan kelapa.

No comments:

Post a Comment