Thursday, August 5, 2010

Puding Karamel Perisa Nescafe

SAJIAN pemanis mulut biasanya berbentuk ringan.
Selepas menikmati hidangan berat, selalunya pemanis mulut jarang dinikmati kerana sudah kekenyangan. Tetapi, bagi saya jika persembahan pemanis mulut menarik dan nampak lazat sudah pasti saya mencubanya.
Dari Tanur minggu ini, saya tampilkan resipi ringkas lagi istimewa iaitu puding karamel perisa Nescafe. Resipi enak ini dikongsi bersama Pensyarah di Jabatan Seni Kulinari, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara, Chef Azli Razali.
Pemanis mulut biasanya dihidangkan di majlis formal di hotel dan restoran kerana ia antara prosedur dalam industri pemakanan di hotel. Namun, bagi masyarakat biasa pula, ia kurang disediakan untuk tetamu yang bertandang ke rumah walaupun saudara-mara sendiri.
Bagaimanapun, jika ada yang menghidangkan pemanis mulut puding karamel, ia bagaikan lengkap hidangan makan tengah hari untuk tetamu. Pasti tetamu teruja dengan layanan lengkap.
Untuk mencuba lebih banyak sajian pemanis mulut, pembaca boleh mendapat buku resipi Chef Azli bertajuk Resipi Pencuci Mulut yang boleh didapati di kedai buku pada harga RM18 senaskah.

 
INGREDIENTS

Bahan A:
  • Gula karamel
  • 100 gm gula halus
  • 4 camca makan air

Bahan B:
  • 110 gm gula
  • 500 ml susu segar
  • 5 biji telur
  • 2 camca makan serbuk Nescafe

[Measurement Equivalents]
 
METHOD

1. Untuk menyediakan gula karamel, campurkan semua bahan A ke dalam periuk.
2. Masak campuran itu sehingga warna keperangan. Tuang ke dalam tin pembakar dan biarkan gula caramel itu mengeras.
3. Un tuk menyediakan puding pula, campurkan Nescafe dan gula ke dalam susu segar atau susu sejat. Kemudian jerang di atas api sehingga susu menjadi suam. Kacau gula di dalam susu suam itu sehingga menjadi larut.
4. Pecahkan telur di dalam mangkuk berasingan. Tuangkan susu tadi ke dalam telur sambil dikacau sehingga habis. Pastikan dikacau secara konsisten dengan menggunakan wire whisk supaya telur dapat dikacau sekata.
5. Tuang bancuhan puding dalam tin pembakar yang mengandungi gula karamel tadi. 
6. Letak tin atas dulang berisi air dan bakar dalam pembakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 35 minit.



Read more: http://eats.emedia.com.my/recipe.php?id=274#ixzz0vkAs9vj2

No comments:

Post a Comment